Pages



Saturday 25 June 2011

dadah


Cerita pasal dadah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dalam minggu ni hangat dimedia masa tentang cerita pasal dadah. Saya terbaca di dalam akhbar online dan menjumpai beberapa berita mengenainya. Antaranya :-
Adakah sebelum ini tiada kes-kes dadah? Memang ada cuma rentetan penangkapan selebriti berkaitan dadah menjadikan topik ini popular. Sekiranya anda mengikuti perkembangan tentang kes artis tersebut mungkin sedikit terkejut kerana mengikut laporan media, pelajaran membuat syabu diketahui melalui internet. Cukup hebat sekali informasi yang boleh dikutip dari internet ni.Berbeza dengan si Zool hanya belajar di internet mengenai cara membuat ‘blog’ , main gitar (tapi tak pandai-pandai pun lagi), menternak cacing ( dah berenti sebab tak larat nak layan karenah cacing), bercucuk tanam ( pun dah tak cari sebab tahap kemalasan melampau), memasak ( ni eksyen je lebih.. nak potong bawang pun malas.. lagikan nak masak) dan beberapa perkara yang menjadi idea dalam tulisan ni. Tak pernah pula terfikir dengan berpandukan internet, mini makmal boleh dilaksanakan di dalam rumah.. Cukup kreatif dalam mencari ilmu tapi salah isinya..

Kalau diperhatikan melalui berita-berita diatas didapati bahawa dadah ini tidak hanya sekadar melibatkan golongan remaja sahaja. Malahan ianya boleh mempengaruhi sesiapa saja samada mempunyai tahap pelajaran yang tinggi ataupun rendah. Cuma mungkin dari jenis dadah sahaja yang membezakan antara pengamalnya. Bagi yang tidak berduit mungkin dadah murah manakala golongan kaya tak sedar diri mendapatkan dadah jenis mahal seperti dadah sintetik.
Cerita pasal dadah ni memang tiada kesudahannya selagi banyak pengaruh dan anasir luar yang membelengu kita. Di zaman persekolahan lagi ramai yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Dengan bermula-mula ajakan rakan seterusnya menjadi ketagih sehingga tak mampu untuk dibuang lagi. Memang sukar untuk meninggalkan najis dadah sekiranya telah terjebak dan hanya kekuatan diri mampu memulihkannya.
Masalah dadah di negara kita memang agak meruncing sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah agensi khas untuk membanteras dadah iaituAgensi AntiDadah Kebangsaan (AADK). Sepengetahuan saya, kerajaan Malaysia antara negara yang mempunyai agensi khas berkenaan dadah ni. Ini menunjukkan keseriusan untuk membendung masalah yang boleh meruntuhkan negara.
Apa taknya, jika rakyat lalai dengan dadah pasti prestasi negara akan jatuh sekaligus mudah untuk dijajah oleh negara lain.. Kalau membaca Piagam Pelanggan AADK, mereka mensasarkan untuk negara bebas dadah menjelang 2015 tetapi mampukah mereka melaksanakannya? Berdasarkan pemerhatian, ianya satu kerja yang sukar tetapi perlu diteruskan jua. Sukar sekiranya tiada kesedaran dan sokongan dari masyarakat kita sendiri. Walaubagaimanapun diharap mereka mampu melaksanakannya..
Bukan sekadar kerajaan, terdapat banyak NGO ditubuhkan untuk membanteras masalah dadah ini seperti PENGASIH. PENGASIH ditubuhkan oleh bekas penagih untuk membimbing penagih kembali ke jalan sebenar. Selain dari PENGASIH terdapat juga beberapa pertubuhan yang diwujudkan untuk membantu penagih ni.
AMIN..
Okay cukup setakat ini. Mungkin anda ada pandangan dan cerita pasal dadah yang boleh dikongsikan bersama
p/s :- Entri ini tidak ditaja oleh AADK. . Sebarang pertanyaan sila hubungi Agensi Antidadah Kebangsaan di alamat :-

No comments:

Post a Comment